Powered By Blogger

28 Julai 2010

Lawak biji kurma

Ramadhan datang lagi , tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Tanda-tanda kedatangan Ramadhan di kalau di Johor ialah ramai orang yang mengadakan majlis tahlil dan yassin di Bulan Syaaban, kaum perempuan ramai yang berpuasa ( last minute punya Qada’) . Lagi pun berpuasa di bulan Syaaban banyak ganjarannya dan jualan kurma di pusat beli belah. Paling popular sekarang ni apalagi kalau kurma bertangkai Yusof Taiyoob.

Kurma adalah makanan yang disukai Rasulullah SAW . Dari kajian sains pun dah membuktikan sebiji kurma mengandungi banyak khasiatnya. Saya ingin berkongsikan kisah lawak kurma. Lawak Islamik ni..

Pada suatu hari seperti biasanya, Ajoi sedang berkumpul bersama bersama sahabatnya, Wak Sumardi dan Pancis dan Sahrom. Mereka asyik menikmati kurma yang dibeli petang tadi sambil tengok TV, almaklumlah duduk rumah bujang.

Timbul fikiran Ajoi untuk mengenakan Wak Sumardi.

Ajoi memakan sebiji buah kurma dan kemudian bijinya diletakkan didepan Wak Sumardi. Demikian seterusnya, setiap kali habis makan kurma, biji diletakkannya di depan Wak Sumardi.

Ajoi : “Lihatlah…siapa diantara kita yang makan kurma paling banyak?”

Mereka secara spontan mencari siapa yang makan kurma paling banyak dengan melihat biji-biji kurma di depan masing-masing.

Tak berapa lama selepas itu , Ajoi menjawab pertanyaan yang diajukannya sendiri.

Ajoi : “Wak lah yang paling banyak makan buah kurma…lihat saja biji kurma didepannya. Dia mengumpulkan paling banyak biji kurma”.

Wak Sumardi bengang pasal dia rasa dia makan macam biasa jer, dia menangani gurauan Ajoi dengan bijak.

Wak Sumardi : “Lihat.. . Ajoi makan kurma dengan biji-bijinya…sebab tu takde biji kurma depan dia ”

Kengkawan yang lain pun ikut tertawa.